About Me

My photo
Seorang pelajar dalam seni bina dan pembuatan kapal di salah sebuah universiti di utara tanah air(malaysia). Suka makan dan mencari kenkmatan hidup ini(halwatul iman). Seorang yang akan berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira agama dan bangsa,pankat dan darjat,miskin dan kaya, yang penting badi diri ini selagi die jujur dalam berkawan boleh ajer.

Friday 11 June 2010

Info Kesihatan

Apakah Darah?

Darah adalah tisu cair yang terdiri daripada dua bahagian di mana bahan cecair yang disebut plasma yang tedapat unusr-unsur terapung iaitu sel darah. Dalam tubuh manusia mengandungi isipadu darah iaitu satu per duabelas berat badan iaitu kira-kira 5 liter. Pada waktu sihat, isipadu darah adalah tetap dan sehingga batas tertentu. Ia diatur oleh tekanan ostomik dalam pembuluh darah dan dalam tisu.

Komposisi Darah.

Air: 91.0 %
Protein : 8.0 % (Albumin, globulin, protrombin dan fibrinogen)
Mineral : 0.9 % (Natrium klorida, natrium bikorbonat, garam, kalsium, magnesium besi dan sebagainya.

- Selebihnya terdiri daripada sejumlah bahan organik seperti glukosa, lemak, urea, asid urik, kreatinin, kolestrol dan asid amino. Plasma pula mengandungi Gas (oksigen dan karbon dioksida), rembesan hormon dan atigen.

Jenis Darah.

Secara umumnya, menurut sistem ABO Landsteiner darah manusia terbahagi kepada 4 kumpulan, iaitu:-

Kumpulan AB 3.0 %
Kumpulan A 42.0 %
Kumpulan B 8.5 %
Kumpulan O 46.5 % jumlah

Bagi manusia yang terdiri daripada kumpulan darah O, adalah bersifat universal kerana ia boleh digunakan atau didermakan kumpulan darah yang lain. Berdasarkan kajian, jumlah norma darah atau jumlah sel setiap mililiter padu darah adalah kira-kira:-

Sel Darah Merah Purata 5,000,00
Sel Darah Putih Purata 8,000

Ringkasan Fungsi Darah.

Bertindak sebagai sistem pengangkutan dari tubuh, menghantar semua bahan kimia, oksigen dan nutrien (khasiat) yang diperlukan untuk tubuh supaya fungsi normalnya dapat dipenuhi dan menyingkirkan karbon dioksida serta hasil buangan yang lain.

Sel darah merah menghantar oksigen ke tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida.

Sel darah putih menyediakan banyak bahan perlindungan dan kerana tindakan fogositotik oleh beberapa sel, dapa melindungi tunbuh dari sebarang serangan bakteria.
Rembesan dalaman dalaman, hormon dan enzim dihantarkan dari organ ke organ dengan perantaraan darah.

Plasma berfungsi mengagihkan protein untuk pembentukkan tisu menyegarkan cecair tisu kerana melalui cecair ini semua sel tubuh menerima makanannya dan merupakan kenderaan untuk mengangkut bahan buangan ke pelbagai organ rembesan untuk dibuang.

"Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia...."

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan oleh toksin tersebut.

Friday 4 June 2010

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

@ Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

@ Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

@ Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

@ Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

@ Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

@ Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Thursday 3 June 2010

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

@ Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

@ Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

@ Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

@ Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

@ Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

@ Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

@ Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

@ Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

@ Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

@ Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.