About Me

My photo
Seorang pelajar dalam seni bina dan pembuatan kapal di salah sebuah universiti di utara tanah air(malaysia). Suka makan dan mencari kenkmatan hidup ini(halwatul iman). Seorang yang akan berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira agama dan bangsa,pankat dan darjat,miskin dan kaya, yang penting badi diri ini selagi die jujur dalam berkawan boleh ajer.

Friday, 25 December 2009

bicara rindu

Rindu

Meskipun hanya lima perkataan

Namun memberikan

Kesan yang mendalam

Mengikat sanubari ke akar umbi

Hadirnya perpisahan

Mengundang rindu

Hingga menjadikan diri

Terasing dalam riuh

Mengulit kenangan

Menghitung hari

Mendambarkan pertemuan

Di hujung rindu.

Rindu

Menyulam kasih mengikat sayang

Penuh debaran dalam kesabaran

Saat menanti

Pulangnya pertemuan

Lalu mengajar aku erti kejujuran

Dalam meniti batasan kerinduan

Yang pasti rindu ini

Tak kan padam

Sentiasa bergelora terus membara

Dibakar oleh api kejauhan

Rindu

Tak pernah mati tiada jasad

Tak kenal jemu ataupun penat

Tak kira tua atupun muda

Kini pasti meninggalkan kesan

Di saat diri diambang kejauhan

Berpaksi kenangan

Dikamar kerinduan


Apakah rindu terus mewarisi

Seandainya bertukar

Menjadi benci

No comments: